Malaysia legislation

Section 21

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 21

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

nilai agregat maksimum yang berlainan boleh diperuntukkan bagi tujuan, golongan orang, aktiviti, perniagaan atau profesion yang berlainan; dan

(b)

suatu siri transaksi hendaklah dianggap sebagai satu transaksi tunggal jika transaksi itu dibuat dengan orang yang sama, untuk tujuan yang sama dan dalam hari yang sama.

(3)

Tiada seorang pun boleh mengusahakan atau merangka, atau membantu atau mengambil bahagian dalam penstrukturan, apa-apa transaksi dengan niat untuk mengelak daripada pemakaian subseksyen (1).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda jumlah atau nilai agregat transaksi itu pada masa kesalahan itu dilakukan.

Ketidakpakaian seksyen 21