Malaysia legislation

Section 25

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 25

(a)

memenuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh Bank;

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 827

(b)

mengemukakan suatu permohonan mengikut apa-apa bentuk dan cara, bersama-sama dengan apa-apa maklumat dan dokumen, yang ditentukan oleh Bank; dan

(c)

membayar fi pemprosesan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 60.

(2)

Tiada seorang pun boleh memohon untuk mendaftar bagi menjalankan suatu perniagaan pemprosesan mata wang melainkan jika orang itu ialah suatu syarikat.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(a), “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori, perihalan orang yang berlainan, dan untuk meminda apa-apa penetapan.

Pendaftaran