Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
pengisihan mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut ketulenan atau kualiti; atau
(b)
pembungkusan mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kualiti, kuantiti atau denominasi;
“Bank” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701];
“Gabenor” ertinya Gabenor Bank;
“institusi kewangan” ertinya—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758], suatu bank Islam berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi
Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau
(b)
mana-mana orang yang diisytiharkan sebagai suatu institusi kewangan dalam Jadual Pertama;
“instrumen atau bahan” termasuklah—
(a)
yang berhubungan dengan mata wang kertas, filem asal, progresif, plat, pruf, dan mata wang kertas yang belum dicetak, separuh dicetak atau siap dicetak;
(b)
yang berhubungan dengan mata wang syiling, reka bentuk, acuan, roda huruf, penebuk, kolar, dai, peralatan kerja, blok gerigi dan penghurufan, syiling kosong dan mata wang syiling yang siap ditempa; dan
Mata Wang 9
(c)
apa-apa perkakas, kelengkapan dan jentera yang berhubungan dengan pengeluaran, pencetakan atau penempaan mata wang kertas atau mata wang syiling;
“Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari” ertinya Jawatankuasa
Semakan Penalti Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 238
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
“komputer” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“mata wang kertas” ertinya suatu wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank termasuk suatu wang kertas peringatan yang dikeluarkan oleh Bank untuk, atau bagi memperingati, suatu peristiwa atau tujuan tertentu;
“mata wang syiling” ertinya suatu syiling yang dikeluarkan oleh
Bank termasuk suatu wang syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank untuk, atau bagi memperingati, suatu peristiwa atau tujuan tertentu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” ertinya mana-mana orang sebenar, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau yang tidak diperbadankan dan termasuklah Kerajaan dan mana-mana
Kerajaan Negeri;
“output komputer” ertinya suatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau yang lain—
(a)
yang dikeluarkan oleh suatu komputer;
(b)
yang ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau
(c)
yang diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan dalam bentuk sedemikian;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 827
“pemproses mata wang berdaftar” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah subseksyen 26(1) untuk menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang dan bagi maksud Penggal 3 Bahagian IV termasuklah mana-mana institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang;
“perniagaan pemprosesan mata wang” ertinya—
(a)
perniagaan—
(i)
mengumpul mata wang kertas atau mata wang syiling;
(ii)
mengisih mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut ketulenan dan kualiti; dan
(iii)
membungkus mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kualiti, kuantiti dan denominasi, oleh seseorang bagi atau bagi pihak orang lain; atau
(b)
apa-apa aktiviti yang diisytiharkan sebagai suatu perniagaan pemprosesan mata wang di bawah seksyen 23.
(2)
Suatu mata wang kertas hendaklah disifatkan rosak—
(a)
jika apa-apa perkataan, tanda, simbol, lukisan, karikatur, atau benda lain, telah ditulis, digores atau dalam apa-apa cara lain atau melalui apa-apa cara lain telah ditunjukkan pada permukaannya; atau
(b)
jika mata wang kertas itu koyak, tercemar, terbakar, dikotori, punah atau dengan apa-apa cara selainnya dicacatkan.
(3)
Suatu mata wang syiling hendaklah disifatkan dibega—
(a)
jika mata wang syiling itu cacat, susut atau menjadi ringan melainkan kerana rosak rosot biasa; atau
(b)
jika mata wang syiling itu dicap, diukir atau ditebuk, tidak kira sama ada syiling itu telah menjadi susut atau ringan.
Mata Wang 11
Orang yang diisytiharkan sebagai institusi kewangan