Malaysia legislation

Section 30

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 30

Bank boleh mencadangkan untuk membatalkan pendaftaran seorang pemproses mata wang berdaftar—

(a)

jika pemproses mata wang berdaftar itu mengemukakan kepada Bank maklumat yang palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap bagi maksud subseksyen 25(1);

(b)

jika pemproses mata wang berdaftar itu telah berhenti daripada menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang;

(c)

jika pemproses mata wang berdaftar itu melakukan suatu kemungkiran tidak kira sama ada tiada tindakan telah diambil berkenaan dengan kemungkiran itu;

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 827

(d)

jika pemproses mata wang berdaftar itu melanggar mana-mana peruntukan—

(i)

Akta Bank Negara Malaysia 2009;

(ii)

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613];

(iii)

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

[Akta 731];

(iv)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; atau

(v)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain telah diambil berkenaan dengan pelanggaran itu;

(e)

pengarah, ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusan pemproses mata wang berdaftar itu disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;

(f)

pemproses mata wang berdaftar itu telah digulungkan atau dengan apa-apa cara lain dibubarkan; atau

(g)

seorang penerima atau pengurus harta bagi pemproses mata wang berdaftar itu telah dilantik.

Peluang untuk membuat representasi bagi tindakan di bawah seksyen 30