Malaysia legislation

Section 31

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 31

(2)

Seorang pemproses mata wang berdaftar yang telah menerima suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberi suatu peluang untuk membuat suatu representasi kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu.

(3)

Jika selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2)—

(a)

Bank tidak menerima apa-apa representasi, Bank hendaklah membatalkan pendaftaran pemproses mata wang berdaftar itu dan memberi pemproses mata wang berdaftar itu suatu notis mengenai pembatalan pendaftaran itu; atau

(b)

Bank menerima suatu representasi, Bank hendaklah, selepas mempertimbang representasi itu, memberi pemproses mata wang berdaftar itu suatu notis mengenai keputusannya sama ada untuk meneruskan pembatalan pendaftaran itu atau sebaliknya.

(4)

Suatu pembatalan pendaftaran di bawah subseksyen (3)

hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Bank dalam notisnya di bawah subseksyen (3).

(5)

Jika Bank memutuskan di bawah perenggan (3)(b) untuk tidak membatalkan pendaftaran pemproses mata wang berdaftar itu, Bank boleh mengenakan apa-apa kehendak ke atas pemproses mata wang berdaftar itu yang difikirkan patut oleh Bank.

Kesan pembatalan pendaftaran