Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusan seseorang pemproses mata wang berdaftar atau suatu institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang hendaklah memastikan bahawa pemproses mata wang berdaftar itu atau institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang itu mematuhi Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan, standard, spesifikasi, arahan atau kehendak yang dibuat di bawah
Akta ini.