Malaysia legislation

Section 41

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 41

(2)

Bank boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh Bank yang berhubungan dengan—

(a)

seorang pemproses mata wang berdaftar atau perniagaan pemprosesan mata wangnya; atau

(b)

suatu institusi kewangan atau aktiviti pemprosesan mata wangnya.

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 827

(3)

Jika mana-mana orang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2), orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat yang betul, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Section 41 — AKTA MATA WANG 2020 | mylaw.my