Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Seseorang pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan, atau pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusannya, melakukan suatu kemungkiran di bawah Akta ini jika pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu, atau pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusannya, tidak mematuhi atau memberi kesan kepada—
(a)
apa-apa peruntukan Akta ini; atau
(b)
apa-apa peraturan-peraturan, standard, spesifikasi, arahan atau kehendak yang dibuat di bawah Akta ini.
Kuasa untuk mengeluarkan arahan