Malaysia legislation

Section 47

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 47

(a)

terdapat keperluan untuk berbuat demikian sebagai suatu keputusan daripada apa-apa pemeriksaan di bawah Akta ini; atau

Mata Wang 31

(b)

pemproses mata wang berdaftar itu atau institusi kewangan itu, atau pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusannya—

(i)

sedang menjalankan atau telah menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang atau aktiviti pemprosesan mata wang dengan suatu cara yang memudaratkan kepentingan pelanggannya atau orang awam; atau

(ii)

sedang melakukan atau telah melakukan atau berkemungkinan melakukan suatu kemungkiran.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan kepada pemproses mata wang berdaftar itu atau institusi kewangan itu yang berhubungan dengan satu atau lebih maksud yang berikut:

(a)

untuk melarang pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu daripada menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perniagaan pemprosesan mata wangnya atau aktiviti pemprosesan mata wangnya;

(b)

untuk melarang pemproses mata wang berdaftar itu atau institusi kewangan itu daripada melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi yang berkaitan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perniagaan pemprosesan mata wangnya atau aktiviti pemprosesan mata wangnya;

(c)

untuk menggantung perniagaan pemprosesan mata wangnya atau aktiviti pemprosesan mata wangnya pada apa-apa takat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Bank;

(d)

untuk menghendaki pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu untuk—

(i)

mematuhi atau memberi kesan kepada; atau

(ii)

melakukan atau meninggalkan apa-apa perbuatan untuk memastikan pematuhan kepada,

32

Undang-Undang Malaysia

Akta 827

apa-apa peruntukan, peraturan-peraturan, standard, spesifikasi, arahan atau kehendak yang dibuat di bawah

Akta ini;

(e)

untuk menghendaki pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu untuk mengambil apa-apa langkah yang diarahkan oleh Bank untuk mengurangkan kesan suatu kemungkiran.

Kuasa untuk mengambil tindakan pentadbiran

Section 47 — AKTA MATA WANG 2020 | mylaw.my