Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(a)
menegur orang yang mungkir itu;
(b)
menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan suatu pernyataan umum yang berhubungan dengan kemungkiran itu, jika difikirkan oleh Bank bahawa kemungkiran itu relevan untuk makluman orang awam;
(c)
jika kemungkiran itu bukanlah suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mengenakan suatu penalti monetari, dalam apa-apa amaun yang difikirkan patut oleh Bank, tetapi tidak boleh melebihi, berhubungan dengan tiap-tiap kemungkiran—
(i)
dalam hal suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, satu ratus ribu ringgit; atau
(ii)
dalam hal orang sebenar, dua puluh ribu ringgit.
(2)
Jika suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, Bank boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang yang sedang atau pernah menjadi pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana orang yang terlibat
Mata Wang 33
dalam pengendalian atau pengurusannya, pada masa kemungkiran itu dilakukan, melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan kemungkiran itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam jawatan itu dan hal keadaan itu.
(3)
Jika suatu kemungkiran dilakukan oleh seseorang yang sedang menjadi seorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusan, seorang pemproses mata wang berdaftar atau suatu institusi kewangan semasa menjalankan tugasnya, Bank boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1) terhadap pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu.
(4)
Jika seseorang gagal membayar suatu penalti monetari yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (1)(c) dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank, Bank boleh membawa guaman dan mendapatkan kembali penalti monetari itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan dan mahkamah boleh memberikan award kos untuk mendapatkan kembali penalti monetari yang tidak dibayar itu kepada Bank.
Kesesuaian tindakan