Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Dalam menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil oleh
Bank terhadap seseorang di bawah seksyen 47 atau 48, Bank hendaklah mengambil kira perkara yang berikut:
(a)
keberkesanan tindakan yang akan diambil itu;
(b)
perkadaran tindakan yang akan diambil itu dengan dapatan suatu pemeriksaan atau kemungkiran yang dilakukan;
(c)
pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa oleh seorang pemproses mata wang berdaftar, suatu institusi kewangan atau orang lain; dan
(d)
apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Bank.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 827
Peluang untuk membuat representasi bagi tindakan di bawah seksyen 47 atau 48