Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(2)
Mana-mana orang yang telah menerima suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan suatu peluang untuk membuat suatu representasi kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu.
(3)
Jika selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2)—
(a)
Bank tidak menerima apa-apa representasi, Bank hendaklah meneruskan tindakan yang dicadangkan itu; atau
(b)
Bank menerima suatu representasi, Bank hendaklah, selepas mempertimbang representasi itu, memutuskan sama ada untuk—
(i)
meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;
(ii)
mengubah suai tindakan yang dicadangkan itu;
atau
(iii)
tidak mengambil tindakan lanjut, dan hendaklah memaklumkan keputusannya kepada orang itu melalui suatu notis.
(4)
Jika Bank memutuskan untuk mengubah suai tindakan yang dicadangkan di bawah subperenggan (3)(b)(ii), Bank hendaklah memberikan suatu notis tambahan dan suatu peluang kepada orang itu untuk membuat suatu representasi.
(5)
Keputusan Bank di bawah perenggan (3)(b) hendaklah mula berkuat kuasa pada apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Bank dalam notisnya.
Mata Wang 35
Rayuan terhadap penalti monetari