Malaysia legislation

Section 57

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 57

Pengkompaunan kesalahan

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;

(b)

kriteria untuk mengkompaun kesalahan itu; dan

(c)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Gabenor boleh, dengan izin Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Gabenor suatu jumlah wang yang tidak melebihi jumlah denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkenaan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Bank.

Pendakwaan