Malaysia legislation

Section 60

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 60

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan—

(a)

bagi fi yang kena dibayar kepada Bank berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;

(b)

bagi pendaftaran seseorang pemproses mata wang berdaftar;

dan

(c)

bagi apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan mata wang.

(3)

Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

40

Undang-Undang Malaysia

Akta 827

(4)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikaitkan dengan semua atau apa-apa golongan, kategori atau perihalan orang, dan Menteri, atas syor Bank, boleh membuat peruntukan yang berlainan bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.

Kuasa untuk mengeluarkan standard

Section 60 — AKTA MATA WANG 2020 | mylaw.my