Malaysia legislation

Section 66

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 66

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibuat atau dibawa, dimulakan, atau disenggarakan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—

(a)

Menteri;

42

Undang-Undang Malaysia

Akta 827

(b)

Bank;

(c)

Gabenor;

(d)

mana-mana anggota Jawatankuasa Semakan Penalti

Monetari;

(e)

mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank; atau

(f)

mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Bank, bagi atau atas sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan, pernyataan atau peninggalan yang dibuat atau ditinggalkan, atau yang berupa sebagai dibuat atau ditinggalkan, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, atau apa-apa kelulusan yang diberikan, arahan, penetapan, spesifikasi, standard, kehendak, perintah, garis panduan dan peraturan-peraturan yang dibuat, di bawah Akta ini, jika perbuatan, pernyataan atau peninggalan yang dibuat atau ditinggalkan, atau yang berupa sebagai dibuat atau ditinggalkan, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, atau kelulusan yang diberikan, arahan, penetapan, spesifikasi, standard, kehendak, perintah, garis panduan dan peraturan-peraturan itu yang dibuat, di bawah Akta ini, dibuat atau ditinggalkan dengan suci hati.

Pemakaian seksyen 77 Akta Bank Negara Malaysia 2009,