Malaysia legislation

Section 102

of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

Seksyen 102

(a)

keputusan sesuatu prosiding perkahwinan masih belum selesai;

(b)

sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 76 dan belum dipatuhi;

(c)

sesuatu perintah nafkah telah dibuat di bawah seksyen 77

atau 93 dan belum lagi dibatalkan; atau

(d)

nafkah kena dibayar di bawah sesuatu perjanjian kepada atau untuk faedah seorang suami atau isteri atau suami atau isteri yang dahulu atau anak, mahkamah adalah berkuasa atas permohonan—

(i)

jika ia berpuas hati bahawa apa-apa pemindahan harta telah dilakukan oleh suami atau isteri atau suami atau isteri yang dahulu itu atau ibu atau bapa bagi orang yang telah membuat atau yang bagi pihaknya telah dibuat permohonan itu, dalam masa tiga tahun sebelumnya, dengan tujuan di pihak orang yang melakukan pemindahan itu untuk mengurangkan kemampuannya membayar nafkah atau hendak melucutkan daripada suami atau isterinya apa-apa hak berkenaan dengan harta itu, membatalkan pemindahan itu; dan

(ii)

jika ia berpuas hati bahawa apa-apa pemindahan harta dicadang untuk dilakukan dengan sesuatu tujuan itu, memberi suatu injunksi menahan pemindahan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

72

Undang-Undang Malaysia

“harta” ertinya apa-apa jenis harta, alih atau tak alih, dan termasuklah wang;

“pemindahan” termasuklah sesuatu penjualan, pemberian, pajakan, gadai janji atau apa-apa transaksi lain yang dengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindah hakmilik atau terbeban tetapi tidaklah termasuk sesuatu pemindahan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu nilaian wang kepada atau untuk seseorang yang bertindak dengan suci hati dan dengan tidak mengetahui tujuan pemindahan itu dilakukan.

Injunksi terhadap gangguan

Section 102 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976