Malaysia legislation
Section 16
of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976
Seksyen 16
Akuan hendaklah disertakan bersama notis
(a)
bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan dicadangkan itu telah bermastautin dalam daerah perkahwinan itu selama tempoh tujuh hari sebelum sahaja daripada notis itu diberi;
(b)
sama ada―
(i)
bahawa setiap seorang daripada pihak-pihak itu berumur dua puluh satu tahun atau lebih, atau, jika tidak, adalah seorang duda atau balu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(ii)
jika salah satu pihak adalah seorang orang belum dewasa yang belum berkahwin dahulu dan pihak perempuan itu tidak berumur di bawah enam belas tahun, bahawa persetujuan orang yang berkenaan yang tersebut dalam seksyen 12 telah diberi secara bertulis, atau telah tidak diperlukan, atau telah diberi oleh sesuatu mahkamah mengikut peruntukan seksyen 12;
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 21
(c)
bahawa tiada apa-apa halangan yang sah terhadap perkahwinan itu; dan
(d)
bahawa tiada seorang pun daripada pihak-pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu telah berkahwin di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan seseorang yang lain daripada orang yang dengannya dia bercadang hendak berkahwin itu.
(2)
Tiap-tiap akuan itu hendaklah dibuat dengan bertulis dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah dibuat oleh orang yang memberi notis itu di hadapan
Pendaftar yang akan mengakusaksikannya;
jika orang itu tidak memahami
Bahasa Malaysia, Pendaftar hendaklah menentukan sama ada orang itu tahu tentang tujuan akuan itu dan, jika tidak, hendaklah menterjemahkan atau mengarah supaya diterjemahkan di hadapannya akuan itu kepada orang itu ke dalam bahasa yang dia fahami dan hendaklah membuat perakuan pada akuan itu bahawa terjemahan itu telah dibuat dengan sempurnanya atau adalah tidak dikehendaki, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pengeluaran perakuan perkahwinan