Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

Seksyen 23

Pendaftar, apabila bertindak di bawah perenggan 22(1)(a)

atau (b) hendaklah, selepas diserahkan kepadanya suatu perakuan untuk perkahwinan yang dikeluarkan oleh

Pendaftar atau

Pendaftar-Pendaftar yang berkenaan atau suatu lesen membenarkan perkahwinan itu, berkata kepada pihak-pihak itu dalam perkataan yang berikut, sama ada secara langsung atau melalui seorang jurubahasa:

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 27

“Adakah saya fahamkan bahawa kamu A.B. dan kamu C.D. berada di sini atas kemahuan bebas kamu sendiri bagi maksud hendak menjadi suami dan isteri?”.

Apabila mereka menjawab mengiakan maka dia hendaklah terus berkata seperti demikian:

“Maka ketahuilah bahawa, dengan pengupacaraan perkahwinan kamu di hadapan saksi-saksi yang hadir di sini mengikut undang-undang, kamu bersetuju diperkahwinkan dengan sah di sisi undang-undang selama hidup antara satu sama lain, dan bahawa perkahwinan ini tidak boleh dibubarkan dalam masa hayat kamu kecuali dengan suatu hukuman yang sah dari mahkamah dan jika salah seorang daripada kamu, dalam masa hayat yang seorang lagi, berkahwin dengan seorang lain walau bagaimanapun dan di mana jua pun diupacarakan perkahwinan itu, semasa perkahwinan ini masih berterusan, maka kamu dengan itu akan melakukan suatu kesalahan terhadap undang-undang.”

Kemudiannya, Pendaftar hendaklah bertanya kepada pihak-pihak itu, secara langsung atau melalui seorang jurubahasa, sama ada mereka tahu tentang apa-apa halangan yang sah mengapa mereka tidak boleh disatukan bersama dalam perkahwinan. Apabila mereka menjawab menidakkan dia hendaklah bertanya, secara langsung atau melalui seorang jurubahasa, kepada setiap satu pihak itu sama ada lelaki atau perempuan itu akan mengambil perempuan atau lelaki itu menjadi isteri atau suaminya yang sah. Apabila mereka menjawab mengiakan,

Pendaftar, pihak-pihak itu dan saksi-saksi hendaklah mematuhi seksyen 25.

Section 23 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976