Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

Seksyen 28

Perkahwinan

(2)

Menteri boleh melantik beberapa orang pegawai awam mengikut nama atau jawatan menjadi—

(a)

Penolong Pendaftar Besar Perkahwinan;

(b)

Penguasa Pendaftar Perkahwinan; dan

(c)

Pendaftar

Perkahwinan dan

Timbalan

Pendaftar

Perkahwinan bagi mana-mana daerah perkahwinan dalam sesuatu Negeri dan Wilayah Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu.

(3)

Menteri boleh, sebagai tambahan, melantik mengikut nama atau jawatan, mana-mana orang sama ada pegawai awam atau bukan, untuk menjadi Penolong Pendaftar Perkahwinan berkenaan dengan sesuatu kaum, suku, persatuan, gereja atau rumah berhala bagi mana-mana daerah perkahwinan dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu, dan tiap-tiap orang yang dilantik sedemikian dan juga tiap-tiap Pendaftar, Timbalan

Pendaftar dan Penolong Pendaftar lain, hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan:

Dengan syarat bahawa pelantikan itu hendaklah dibuat atas syor atau penamaan daripada wakil yang diiktiraf bagi kaum, suku, jawatankuasa pengurusan persatuan itu atau pihak berkuasa pengelolaan suatu mazhab, gereja atau rumah berhala, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Menteri boleh, melalui pemberitahun dalam Warta, melantik mana-mana ahli daripada kakitangan diplomatik

Malaysia di mana-mana negara, sama ada mengikut nama atau jawatan, untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan bagi maksud Akta ini di negara itu.

(5)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam sesuatu Negeri dan

Wilayah Persekutuan sebagai suatu daerah perkahwinan dan menentukan sempadan setiap daerah; dan jika seseorang Penolong

Pendaftar Perkahwinan dilantik di bawah subseksyen (3), Menteri boleh menentukan kawasan yang berlainan sebagai daerah

32

Undang-Undang Malaysia perkahwinan bagi mana-mana kaum, suku, persatuan, gereja atau rumah berhala tertentu.

(6)

Penolong Pendaftar Besar dan Penguasa Pendaftar boleh tertakluk pada apa-apa arahan am atau khas daripada Pendaftar Besar menjalankan apa-apa kuasa dan tugas Pendaftar Besar yang diberi dan dipertanggungkan oleh Akta ini.

Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan di Malaysia

Section 28 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976