Malaysia legislation
Section 75
of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976
Seksyen 75
Kesahtarafan jika dekri pembatalan dibuat
(2)
Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, anak dari sesuatu perkahwinan yang tidak sah hendaklah disifatkan sebagai seorang anak sah taraf ibu bapanya jika, pada masa pengupacaraan perkahwinan itu, kedua-dua atau salah satu pihak itu mempercayai dengan munasabah bahawa perkahwinan itu adalah sah.
(3)
Subseksyen (2) terpakai—
(a)
hanya jika bapa bagi anak itu telah berdomisil di Malaysia pada masa perkahwinan itu; dan
(b)
setakat mana ia berkenaan dengan penurunan apa-apa harta, hanya bagi anak-anak yang lahir selepas tarikh yang ditetapkan.
(4)
Seksyen ini tidak menyentuh apa-apa hak apabila seseorang mati tidak berwasiat sebelum tarikh yang ditetapkan, dan tidak menyentuh kuat kuasa atau pentafsiran sesuatu pemindahan yang mula berkuat kuasa sebelum tarikh yang ditetapkan.
(5)
Walau apa pun seksyen 6 Akta Kesahtarafan 1961 [Akta 60]
semua anak yang disifatkan sebagai sah taraf semasa lahir menurut peruntukan seksyen ini hendaklah disifatkan sedemikian dalam semua perkara dan bukan sebagai orang yang disahtarafkan pada tarikh perkahwinan itu atau Akta Kesahtarafan 1961 sebagaimana diperuntukkan dalamnya itu.
(6)
Mana-mana orang yang menuntut dengan apa-apa cara melainkan dengan suatu petisyen untuk perisytiharan pembatalan perkahwinan yang berkaitan itu bahawa seseorang anak hendaklah disifatkan sebagai anak sah taraf ibu bapanya menurut peruntukan
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 59
subseksyen (3) boleh memohon dekri yang bermaksud demikian itu dan seksyen 5 Akta Kesahtarafan 1961 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi petisyen itu tetapi mahkamah tidak boleh membuat sesuatu dekri itu melainkan jika berpuas hati dengan keterangan pempetisyen bahawa kedua-dua atau salah satu pihak kepada perkahwinan itu telah mempercayai dengan munasabah bahawa perkahwinan itu adalah sah sebagai tidak berlawanan secara apa jua dengan seksyen 71.
(7)
Dalam seksyen ini, ungkapan yang berikut mempunyai erti yang diberi dengan ini kepadanya, iaitu—
“perkahwinan tidak sah”
ertinya sesuatu perkahwinan yang ditetapkan sebagai tidak sah di bawah seksyen 6, 10, 11, subseksyen 22(4) atau seksyen 72;
“pemindahan” adalah mempunyai erti yang sama seperti dalam
Akta Kesahtarafan 1961, dan apa-apa rujukan dalam seksyen ini mengenai harta adalah rujukan mengenai sesuatu hartanah atau harta sendiri, atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu, yang terbatas oleh sesuatu pemindahan (sama ada tertakluk pada sesuatu perbatasan atau gadaian yang terdahulu atau tidak) mengikut sesuatu cara supaya harta atau kepentingan itu turun pada waris dengan seberapa yang dibenarkan oleh undang-undang, sama ada atau tidak harta atau sesuatu kepentingan mengenai harta itu mungkin terputus daripadanya jika sekiranya berlaku sesuatu hal.