Malaysia legislation

Section 79

of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

Seksyen 79

Kuasa bagi mahkamah memerintahkan jaminan bagi nafkah

Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, apabila mengaward nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua atau mana-mana bahagian daripadanya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah atas amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu dan, tertakluk pada itu, sebagai amanah bagi orang yang mengamanahkan harta itu.

Section 79 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976