Malaysia legislation

Section 81

of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

Seksyen 81

Tempoh perintah nafkah

Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan, dan tertakluk pada seksyen 82, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat—

(a)

jika nafkah itu tidak berjamin, apabila suami atau isteri itu mati, mengikut mana-mana yang lebih awal;

(b)

jika nafkah itu berjamin, apabila mati suami atau isteri yang untuknya perintah itu telah dibuat.

Hak terhadap nafkah hendaklah terhenti apabila berkahwin semula

Section 81 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976