Malaysia legislation

Section 97

of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

Seksyen 97

Kuasa bagi mahkamah mengubah perjanjian mengenai penjagaan atau nafkah

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat bagi sesuatu perjanjian berhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang anak, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan sebaliknya dalam sesuatu perjanjian itu, jika mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah dan untuk kebajikan anak itu untuk berbuat demikian.

Section 97 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976