Malaysia legislation
Section 2
of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017
Seksyen 2
Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976 [Akta 164], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(3)—
(a)
dengan menggantikan perkataan “yang di hadapannya suatu petisyen perceraian telah dibuat di bawah seksyen 51,
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1546
AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG
(PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN)
(PINDAAN) 2017
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1546
daripada” dengan perkataan “daripada mempunyai bidang kuasa eksklusif atas pembubaran sesuatu perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripada itu termasuklah”;
dan
(b)
dengan menggantikan perkataan “atas petisyen daripada satu pihak kepada suatu perkahwinan jika pihak yang satu lagi itu telah masuk Islam, dan dekri itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu” dengan perkataan “atau perintah lain di bawah Bahagian VII dan Bahagian VIII bagi suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 53 yang satu pihak masuk Islam selepas petisyen difailkan atau selepas dekri diisytiharkan, atau suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 51, 52 atau 53 bagi petisyen oleh salah satu pihak atau kedua-dua pihak kepada suatu perkahwinan yang satu pihak telah masuk Islam, dan dekri dan perintah yang dibuat itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk
Islam sedemikian itu”.
Pindaan seksyen 12