Malaysia legislation

Section 5

of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017

Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51

seksyen yang berikut:

“Harta suami isteri selepas penukaran agama 51a.  (1)  Jika seseorang yang telah masuk Islam mati sebelum perkahwinan bukan Islam yang orang itu ialah suatu pihak telah dibubarkan, aset perkahwinan orang itu hendaklah

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1546

dibahagikan oleh mahkamah antara pihak-pihak berkepentingan mengikut peruntukan seksyen ini apabila permohonan dibuat oleh mana-mana pihak berkepentingan.

(2)

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap—

(a)

takat sumbangan yang telah diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan itu dalam bentuk wang, harta atau kerja terhadap pemerolehan aset perkahwinan itu atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga;

(b)

apa-apa hutang yang terhutang oleh si mati dan pihak berkepentingan yang telah dilakukan bagi faedah bersama mereka;

(c)

takat sumbangan kepada kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga;

(d)

tempoh perkahwinan itu;

(e)

keperluan anak-anak, jika ada, daripada perkahwinan itu; dan

(f)

hak pihak berkepentingan di bawah Akta

Pembahagian 1958 [Akta 300] jika si mati belum menukar agama.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau

“pihak-pihak berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia.”.

Pindaan seksyen 76

Section 5 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017