Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Seksyen 64 Akta ibu dipinda—
(a)
pada nota bahu, dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
d e n g a n m e m o t o n g p e r k a t a a n “ a t a u pembaharuan”;
(ii)
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“yang berhubungan dengan permohonan itu”;
(iii)
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “mengelirukan” perkataan
“atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material”;
(iv)
dalam subperenggan (h)(ii), dengan memasukkan selepas perkataan “undang-undang sekuriti”
perkataan “atau mana-mana undang-undang di luar
Malaysia berkaitan dengan pasaran modal”;
(v)
dengan memasukkan selepas subperenggan (h)(ii)
subperenggan yang berikut:
“(iia) telah tertakluk kepada tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 354, 355 atau 356;”;
(vi)
dalam subperenggan (h)(iii), dengan memasukkan selepas perkataan “bertulis” perkataan “sama ada di dalam atau di luar Malaysia”; dan
(vii)
dalam perenggan (n), dengan memotong perkataan
“atau membaharui”; dan
(c)
dengan memotong subseksyen (2) dan (3).
Pindaan seksyen 65