Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Seksyen 73 Akta ibu dipinda—
(a)
pada nota bahu, dengan menggantikan perkataan “habis tempoh” dengan perkataan “pemberhentian”;
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “habis tempoh”
di mana–mana jua terdapat, dengan perkataan
“pemberhentian”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “sekatan ke atas suatu lesen” perkataan “di bawah seksyen 72”; dan
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan memotong perkataan “atau telah habis tempoh”;
(ii)
dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan (a) perkataan “atau”;
(iii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“; atau” dengan koma; dan
(iv)
dengan memotong perenggan (c).
Pindaan seksyen 74