Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa—
(a)
peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; atau
(b)
semua peruntukan atau peruntukan yang berlainan dalam
Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang, sekuriti atau derivatif yang berlainan.
(3)
Subpenggal 4 Penggal 3 Bahagian III sebagaimana yang dimasukkan oleh Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa selepas tempoh dua tahun atau suatu tempoh lanjut yang tidak melebihi satu tahun sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri, dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 4
Penggantian perkataan “berdagang dalam kontrak niaga hadapan”, “berdagang dalam kontrak niaga hadapannya”,
“niaga hadapannya”, “peniaga hadapan”, “kontrak niaga hadapan”, “niaga hadapan”, “perdagangan dalam kontrak niaga hadapan” dan “perdagangan kontrak niaga hadapan”