Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 21

Seksyen 75 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“(j) atau (k)” dengan perkataan “(j), (k) atau (l)”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Seseorang tidak boleh dilantik sebagai ketua eksekutif bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal tanpa kelulusan Suruhanjaya.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2A) Bagi maksud subseksyen (2), dalam meluluskan pelantikan ketua eksekutif, Suruhanjaya boleh juga mengambil kira sama ada—

(a)

mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f), (g), (i), (j),

(k)

atau (l) akan menghalangnya daripada memegang jawatan itu; atau

(b)

ia bertentangan dengan kepentingan awam untuk meluluskan pelantikan itu.”;

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan “atau ketua eksekutif”;

(e)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memotong perkataan “atau ketua eksekutif”;

Undang-Undang Malaysia 22

(ii)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3) dan”

dengan perkataan “subseksyen (3) atau seorang ketua eksekutif dilantik di bawah subseksyen (2)”;

dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen

(1)

” perkataan “atau (2A)”;

(f)

dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “atau (2A)”;

(g)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6) Seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, jika—

(a)

mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f), (g), (i), (j), (k)

atau (l) terpakai; atau

(b)

ia bertentangan dengan kepentingan awam bagi orang itu untuk terus memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.”;

(h)

dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut:

“(8) Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini, Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal untuk memecat pengarah atau ketua eksekutif itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu, jika—

(a)

mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f), (g), (i), (j), (k)

atau (l) terpakai; atau

(b)

ia bertentangan dengan kepentingan awam bagi orang itu untuk terus memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.”; dan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(i)

dalam subseksyen (11), dengan memasukkan selepas perkataan “atau” perkataan “tidak mematuhi”.

Pindaan seksyen 76