Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 26

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 92

seksyen yang berikut:

“Maklumat yang hendak diberikan kepada seseorang yang melabur dalam produk pasaran modal 92A. (1) Suruhanjaya boleh menentukan jenis dan tahap maklumat yang hendak diberikan kepada seseorang yang melabur dalam mana-mana produk pasaran modal dan penentuan itu termasuklah—

(a)

maklumat yang menerangkan ciri-ciri utama produk pasaran modal itu;

(b)

maklumat yang menerangkan jenis obligasi yang ditanggung oleh pihak yang berniaga dalam produk pasaran modal itu;

(c)

maklumat yang menyatakan risiko yang dikaitkan dengan produk pasaran modal itu; dan

(d)

perincian terma penting bagi produk pasaran modal itu.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengeluarkan atau membekalkan maklumat palsu atau mengelirukan;

(b)

membuat apa-apa kenyataan yang palsu atau mengelirukan; atau

(c)

dengan sengaja meninggalkan daripada menyatakan apa-apa perkara atau benda yang tanpanya kenyataan atau maklumat itu mengelirukan mengenai suatu hal material, kepada seseorang yang melabur dalam produk pasaran modal, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 26

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh mana-mana hak tindakan yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang lain kepada orang yang melabur dalam produk pasaran modal itu.”.

Pindaan seksyen 98