Malaysia legislation

Section 29

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 29

Penggantian seksyen 99

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 99 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 99

(2)

Sebutan dalam seksyen ini kepada pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif sebagai prinsipal termasuklah sebutan kepada seseorang—

(a)

yang berniaga atau membuat transaksi bagi pihak seseorang yang bersekutu dengan pemegang itu;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(b)

yang berniaga dalam derivatif bagi pihak suatu perbadanan yang dalamnya ia mempunyai suatu kepentingan mengawal; atau

(c)

berniaga dalam derivatif bagi pihak suatu perbadanan yang kepentingannya dan kepentingan pengarahnya bersama menjadi suatu kepentingan mengawal.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 107 boleh menyentuh mana-mana hak tindakan yang diberikan kepada seorang pembeli atau vendor di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkaitan dengan transaksi itu.”.

Pemotongan seksyen 100