Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 31

Penggantian seksyen 101

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 101 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 101

(2)

Dalam menentukan sama ada seseorang telah melebihi had yang disebut dalam subseksyen (1), kedudukan yang diambil dan dagangan yang dilakukan oleh mana-mana orang secara langsung atau tidak langsung yang dikawal oleh orang itu hendaklah dimasukkan ke dalam kedudukan yang diambil dan perdagangan yang dilakukan oleh orang itu.

(3)

Had yang disebut dalam subseksyen (1) bagi kedudukan dan dagangan hendaklah terpakai bagi kedudukan yang diambil, dan dagangan yang dilakukan, oleh dua atau lebih orang yang bertindak menurut suatu perjanjian atau persefahaman yang nyata atau tersirat seolah-olah kedudukan itu diambil, atau dagangan itu dilakukan, oleh seorang orang tunggal.

Undang-Undang Malaysia 28

(4)

Seseorang tidak boleh secara langsung atau tidak langsung—

(a)

berdagang atau bersetuju untuk berdagang dalam derivatif terselaras dengan melebihi had dagangan yang ditentukan selama tempoh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya atau bursa derivatif itu di bawah seksyen ini; atau

(b)

mengambil suatu kedudukan di bawah derivatif terselaras bagi mana-mana kelas yang melebihi mana-mana had kedudukan yang ditentukan oleh

Suruhanjaya atau bursa derivatif di bawah seksyen ini untuk tujuan derivatif terselaras itu.

(5)

Seksyen ini tidaklah menghalang Suruhanjaya atau bursa derivatif daripada menentukan had dagangan atau kedudukan yang berlainan bagi jenis atau kelas derivatif terselaras yang berlainan atau had yang berlainan bagi jenis atau kelas derivatif terselaras yang sama yang didagangkan bagi maksud yang berlainan, bulan penyerahan yang berlainan atau hari berlainan yang tinggal sehingga hari terakhir dagangan dalam sesuatu derivatif terselaras bagi maksud subseksyen (4).”.

Pemotongan seksyen 102 dan 103