Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Subpenggal 4 Penggal 3 Bahagian III baru
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Subpenggal 3 Penggal 3 Bahagian III subpenggal yang berikut:
“Subpenggal 4 – Derivatif melalui kaunter
Tafsiran 107A. Bagi maksud Subpenggal ini, “derivatif” ertinya derivatif melalui kaunter.
Kelulusan repositori dagangan 107B. (1) Suruhanjaya boleh secara bertulis meluluskan mana-mana pertubuhan perbadanan untuk menjadi repositori dagangan.
(2)
Suruhanjaya tidak boleh memberi kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
pertubuhan perbadanan itu akan dapat menjalankan fungsi sebagaimana yang ditentukan;
(b)
pertubuhan perbadanan itu mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja dan sumber lain yang mencukupi untuk menjalankan fungsi sebagaimana yang ditentukan; dan
(c)
pertubuhan perbadanan itu mempunyai kaedah-kaedah dan tatacara untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.
Undang-Undang Malaysia 36
Permohonan untuk pemberian kelulusan 107C. (1) Suatu permohonan untuk pemberian kelulusan sebagai suatu repositori dagangan hendaklah dibuat kepada
Suruhanjaya dalam bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Suruhanjaya boleh menghendaki suatu pertubuhan perbadanan untuk memberikan kepada Suruhanjaya maklumat atau dokumen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Suruhanjaya bagi tujuan permohonan.
(3)
Suruhanjaya boleh dalam meluluskan pertubuhan perbadanan, mengenakan syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Penarikan balik kelulusan 107D. (1) Suruhanjaya boleh menarik balik suatu kelulusan yang diberikan kepada suatu repositori dagangan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
repositori dagangan itu tidak berupaya untuk m e l a k s a n a k a n m a n a - m a n a f u n g s i d a n tanggungjawabnya sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya;
(b)
repositori dagangan itu telah melanggar mana-mana terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 107C(3);
(c)
repositori dagangan itu telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang melibatkan fraud atau ketidakjujuran;
(d)
repositori dagangan itu tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah
Subpenggal ini;
(e)
repositori dagangan itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
(f)
repositori dagangan itu tidak menjelaskan keseluruhannya atau sebahagiannya hutang penghakiman terhadapnya;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(g)
seseorang penerima, penerima dan pengurus, atau orang yang setaraf dengannya telah dilantik, berkenaan dengan mana-mana harta repositori dagangan itu;
(h)
repositori dagangan itu telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa; atau
(i)
apa-apa maklumat atau dokumen yang dikemukakan oleh repositori dagangan itu untuk tujuan Subpenggal ini adalah salah atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya boleh menarik balik kelulusan yang diberikan kepada suatu repositori dagangan apabila ada permintaan secara bertulis oleh repositori dagangan itu untuk berhenti beroperasi sebagai suatu repositori dagangan.
(3)
Jika suatu repositori dagangan telah atas kehendaknya sendiri membuat permintaan untuk menghentikan operasinya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menolak untuk menarik balik kelulusan itu jika Suruhanjaya menganggap bahawa—
(a)
demi kepentingan awam atau orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1), mana-mana perkara berkenaan dengan repositori dagangan sepatutnya disiasat sebelum kelulusan itu ditarik balik di bawah subseksyen (2); dan
(b)
penarikan balik kelulusan bertentangan dengan kepentingan awam atau orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1).
(4)
Suruhanjaya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1) tanpa memberi repositori dagangan itu suatu peluang untuk didengar.
Undang-Undang Malaysia 38
Pelantikan pengarah atau ketua eksekutif repositori dagangan yang diluluskan 107E. Suatu repositori dagangan hendaklah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu sebelum melantik mana-mana pengarah atau ketua eksekutifnya.
Kewajipan menjaga kerahsiaan 107F. (1) Seorang pengarah, pegawai, pekerja atau agen repositori dagangan tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen yang diperoleh dalam menjalankan tugasnya kecuali—
(a)
dalam hal keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 107G; atau
(b)
kepada Suruhanjaya jika Suruhanjaya berpendapat bahawa penzahiran itu adalah perlu demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur.
(2)
Mana-mana orang yang mempunyai maklumat atau dokumen yang dalam pengetahuannya penzahirannya melanggari subseksyen (1) tidak boleh dalam apa-apa cara sekalipun menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.
(3)
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penzahiran yang dibenarkan 107G. Seseorang yang disebut di bawah subseksyen 107F(1)
tidak boleh menolak untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen—
(a)
yang mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1), telah memberikan keizinan secara bertulis untuk dizahirkan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
dalam hal jika mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1) telah diisytiharkan muflis di dalam atau di luar Malaysia;
(c)
bagi maksud memulakan, atau sedang dalam, apa-apa tindakan sivil antara repositori dagangan dan mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1);
(d)
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, dan penzahiran itu, dalam apa-apa hal, terhad kepada hal ehwal mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1);
(e)
bagi maksud membolehkan atau membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
(f)
bagi maksud membolehkan atau membantu Bank Negara untuk melaksanakan matlamatnya atau menjalankan fungsinya di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara;
(g)
bagi maksud penilaian risiko dan pengawasan oleh
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dalam menjalankan tugas dan fungsinya di bawah Akta
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720];
atau
(h)
bagi tujuan membolehkan atau membantu juruaudit bagi repositori dagangan untuk melaksanakan fungsinya.
Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan 107H. (1) Suruhanjaya boleh memberi repositori dagangan suatu arahan yang bersifat am atau khusus jika difikirkan perlu atau suai manfaat—
(a)
bagi pentadbiran yang berkesan bagi repositori dagangan itu;
Undang-Undang Malaysia 40
(b)
bagi memastikan pematuhan terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas repositori dagangan itu; atau
(c)
demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur.
(2)
Suatu repositori dagangan yang tidak mematuhi mana-mana arahan yang diberikan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Kaedah-kaedah repositori dagangan 107I. Pindaan ke atas kaedah-kaedah repositori dagangan hanya boleh berkuat kuasa selepas diluluskan oleh Suruhanjaya.
Obligasi untuk melaporkan 107J. (1) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, orang berdaftar atau mana-mana orang lain yang berniaga dalam derivatif hendaklah melaporkan maklumat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengubahan atau perubahan kepada maklumat itu, kepada suatu repositori dagangan.
(2)
Seksyen ini tidak terpakai bagi tujuan berniaga dalam derivatif yang Bank Negara atau Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menentukan bentuk dan cara maklumat itu perlu dilaporkan kepada repositori dagangan itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “derivatif” hendaklah termasuk derivatif yang harga pasaran, nilai, penyerahan atau obligasi pembayaran diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan kadar pertukaran mata wang.
(5)
Mana-mana orang yang—
(a)
tidak mematuhi mana-mana kehendak seksyen ini; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material kepada suatu repositori dagangan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
(6)
Suatu repositori dagangan hendaklah, atas permintaan
Suruhanjaya, memberikan maklumat yang diperolehnya di bawah subseksyen (1) kepada Suruhanjaya.”.
Pindaan seksyen 111