Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IX
Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IXA
PENGURUSAN RISIKO SISTEMIK DALAM PASARAN MODAL
Tafsiran 346A. Bagi maksud Bahagian ini—
“peserta pasaran” termasuklah pelabur, penerbit, perantara, penyedia perkhidmatan pasaran modal, syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, depositori pusat dan kemudahan penjelasan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
81
“risiko sistemik dalam pasaran modal” ertinya suatu keadaan apabila satu atau lebih keadaan yang berikut berlaku atau berkemungkinan akan berlaku:
(a)
kesulitan kewangan dalam seseorang peserta pasaran yang signifikan atau dalam beberapa peserta pasaran;
(b)
penjejasan keteraturan perjalanan pasaran modal;
atau
(c)
penghakisan keyakinan awam terhadap integriti pasaran modal.
Maklumat bagi maksud risiko sistemik 346B. (1) Suruhanjaya boleh, walau apa pun peruntukan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, dengan notis bertulis meminta mana-mana orang untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat atau dokumen—
(a)
yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal; atau
(b)
jika Suruhanjaya menerima suatu permintaan daripada
Bank Negara di bawah seksyen 30 Akta Bank Negara
Malaysia 2009.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pengawasan
Bank Negara, notis itu hendaklah dikeluarkan melalui Bank
Negara.
(3)
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah memberikan maklumat atau dokumen itu walau apa pun obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat sebaliknya.
(4)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 82
Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan bagi risiko sistemik 346C. (1) Jika difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi kepentingan mengawasi, mengurangkan atau menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan bertulis yang menghendaki mana-mana orang untuk mengambil langkah sedemikian yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
(2)
Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira kepentingan kestabilan kewangan.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pengawasan
Bank Negara, Suruhanjaya hendaklah membuat suatu syor kepada Bank Negara untuk mengeluarkan arahan itu.
(4)
Sebelum mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen
(1)
, Suruhanjaya hendaklah memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar.
(5)
Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (4),
Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) tanpa terlebih dahulu memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar jika mana-mana kelengahan dalam mengeluarkan arahan sedemikian akan memburukkan lagi risiko sistemik dalam pasaran modal.
(6)
Jika suatu arahan dikeluarkan menurut subseksyen (5), orang itu hendaklah diberikan suatu peluang untuk didengar selepas arahan itu dikeluarkan.
(7)
Apabila seseorang diberikan suatu peluang untuk didengar di bawah subseksyen (6), suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh dipinda atau diubah suai.
(8)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
83
Perkiraan dengan pihak berkuasa menyelia lain 346D. (1) Walau apa pun peruntukan dalam undang-undang sekuriti, Suruhanjaya boleh bagi maksud mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menyumbang terhadap kestabilan kewangan—
(a)
memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa menyelia atau agensi Kerajaan bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan;
(b)
mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa menyelia atau agensi Kerajaan bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan jika difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maklumat atau dokumen itu didapatkan atau dikongsikan dalam menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan; atau
(c)
membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa menyelia yang lain dan menyelaraskan langkah kestabilan dengan pihak berkuasa menyelia itu.
(2)
Jika Suruhanjaya berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen di bawah perenggan (1)(b)—
(a)
dengan mana-mana pihak berkuasa menyelia atau agensi Kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan, maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya; atau
(b)
dengan mana-mana pihak berkuasa menyelia di luar
Malaysia, pihak berkuasa menyelia itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan.
Undang-Undang Malaysia 84
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa menyelia”
ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan, agensi atau entiti—
(a)
yang bertanggungjawab bagi mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan;
atau
(b)
yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan perantara atau peserta pasaran modal.”.
Pindaan seksyen 353