Malaysia legislation

Section 68

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 68

Kecualian dan peralihan berkenaan dengan kontrak niaga hadapan

(a)

(i)

semua peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain; dan

(ii)

semua kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, yang dibuat, diberikan, atau dilakukan hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan berkenaan dengan derivatif seperti yang dipinda di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, ditamatkan, dibatalkan atau diganti di bawah, mengikut, atau menurut kuasa,

Akta ibu;

(b)

semua arahan, notis, garis panduan, surat pekeliling, nota panduan atau nota amalan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya atau Menteri sebelum tarikh kuat kuasa

Akta ini (disebut dalam seksyen ini sebagai “tarikh kuat kuasa”) dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh

Undang-Undang Malaysia 88

kuat kuasa, hendaklah disifatkan sebagai dilakukan berkenaan dengan derivatif seperti yang dipinda di bawah

Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga ia dipinda, ditamatkan atau dimansuhkan di bawah Akta ibu;

(c)

apa-apa permohonan bagi suatu kelulusan atau persetujuan, atau bagi apa-apa jua maksud lain, atau apa-apa rayuan, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada Suruhanjaya sebelum tarikh kuat kuasa dan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan sebagai dilakukan berkenaan dengan derivatif seperti yang dipinda di bawah Akta ini; dan

(d)

semua transaksi atau perniagaan yang disempurnakan atau dibuat dengan sah, dan semua urusan yang dilakukan dengan sah, oleh seseorang yang memegang suatu

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau suatu Lesen

Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan, dibuat, atau dilakukan dengan sah, dan dengan demikian itu, mana-mana hak atau tanggungan di bawah apa-apa transaksi, perniagaan atau urusan yang wujud sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai terus menjadi sah.

Bursa dan pusat penjelasan diluluskan disifatkan telah diluluskan