Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 8

Seksyen 61 Akta ibu dipinda—

(a)

pada nota bahu, dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen.”;

(c)

dengan memotong subseksyen (2); dan

(d)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Dalam memberikan lesen, Suruhanjaya boleh—

(a)

menentukan dan memperihalkan aktiviti terkawal bagi lesen yang diberikan;

(b)

menentukan apa-apa syarat atau sekatan bagi lesen itu, yang difikirkan patut oleh

Suruhanjaya; atau

(c)

dalam hal Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran

Modal—

(i)

mengaitkan lesen itu kepada pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menyokong permohonan lesen itu; dan

(ii)

menyekat aktiviti terkawal lesen itu kepada aktiviti terkawal pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menyokong permohonan lesen itu.”.

Undang-Undang Malaysia 14

Penggantian seksyen 62

Section 8 — AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011