Malaysia legislation
Section 140
Seksyen 140
Dalam Bahagian ini—
“Dana Pampasan Pasaran Modal” ertinya Dana Pampasan
Pasaran Modal yang ditubuhkan di bawah seksyen 158;
“juruaudit” ertinya seorang juruaudit yang berdaftar dengan
Lembaga Pemantauan Audit menurut seksyen 31O Akta
Suruhanjaya Sekuriti 1993;
11
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
“kaedah-kaedah” ertinya memorandum persatuan, perkara persatuan, atau apa-apa kaedah-kaedah atau arahan lain dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mengawal operasi, pengurusan atau tatacara Perbadanan itu;
“keadaan ingkar” ertinya suatu keadaan yang seseorang orang yang berkaitan dianggap sebagai tidak boleh, atau berkemungkinan tidak boleh, untuk menjelaskan tuntutan yang dibuat terhadapnya dalam hal keadaan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;
“orang yang berkaitan” ertinya seseorang pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan—
(a)
berniaga dalam sekuriti;
(b)
berniaga dalam derivatif dan ialah suatu gabungan bursa derivatif yang berkaitan itu; atau
(c)
pengurusan kumpulan wang;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Dana Pampasan Pasaran
Modal yang ditubuhkan di bawah seksyen 141;
“pihak berkuasa berkaitan” ertinya Suruhanjaya, bursa saham, bursa derivatif atau badan yang ditubuhkan di luar
Malaysia yang menjalankan fungsi yang seumpama dengan
Perbadanan dan mana-mana badan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.