Malaysia legislation

Section 143

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 143

Perbadanan hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi atau berkaitan dengan, atau semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya termasuk untuk—

(a)

membuat proses dan tatacara yang adil, munasabah dan telus untuk menentukan tuntutan bagi pampasan;

13

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(b)

membayar pampasan;

(c)

mengemukakan petisyen bagi penggulungan seseorang orang yang berkaitan;

(d)

menentukan keadaan kewangan dan operasi seseorang orang yang berkaitan dan kemungkinan orang yang berkaitan itu memulakan suatu keadaan ingkar;

(e)

menentukan, mengenakan, mengumpul dan menerima caruman, levi, fi dan pembayaran lain itu daripada orang yang berkaitan atau pihak yang menuntut dan membelanjakan caruman, levi, fi dan pembayaran lain itu bagi menjalankan semua atau apa-apa fungsi

Perbadanan; dan

(f)

mengambil apa-apa tindakan berkenaan dengan fungsinya dalam mengurus dan mentadbir Dana

Pampasan Pasaran Modal.

Kewajipan dan tanggungjawab Perbadanan