Malaysia legislation

Section 151

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 151

Penzahiran kepentingan

(2)

Penzahiran yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat dan selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan

Perbadanan berkenaan perkara itu; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk suatu kuorum mesyuarat bagi pertimbangtelitian dan keputusan berkenaan perkara itu.

17

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(3)

Mana-mana anggota Perbadanan yang gagal untuk menzahirkan kepentingannya seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Perbadanan telah melanggar peruntukan seksyen ini.

Kuasa untuk mengambil orang untuk memberikan bantuan