Malaysia legislation

Section 154

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 154

Seseorang yang disebut dalam subseksyen 153(1)

tidak boleh enggan untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen—

(a)

bagi maksud membolehkan atau membantu juruaudit

Perbadanan untuk melaksanakan fungsinya;

(b)

bagi maksud memulakan, atau dalam penjalanan, apa-apa prosiding sivil antara Perbadanan dan seseorang orang yang berkaitan;

(c)

kepada mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, dan penzahiran itu adalah terhad kepada hal ehwal seseorang orang yang berkaitan yang disiasat; atau

(d)

berkenaan dengan seseorang orang yang berkaitan yang berada dalam penerimaan atau sedang digulung atau selainnya dibubarkan di dalam atau di luar

Malaysia.

Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan