Malaysia legislation
Section 159
Seksyen 159
Undang-Undang Malaysia
(a)
wang yang diperuntukkan kepada Dana Pampasan
Pasaran Modal oleh Suruhanjaya;
(b)
wang yang diperuntukkan kepada Dana Pampasan
Pasaran Modal oleh bursa saham dan bursa derivatif yang berkaitan;
(c)
caruman yang dibuat oleh Dana Pembangunan Pasaran
Modal;
(d)
caruman yang dibuat oleh seseorang orang yang berkaitan yang diperuntukkan di bawah seksyen 160;
(e)
bunga dan keuntungan yang terakru dari semasa ke semasa daripada pelaburan Dana Pampasan Pasaran
Modal;
(f)
apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan menurut subseksyen 142(2);
(g)
wang yang didapatkan kembali oleh atau bagi pihak
Perbadanan dalam menjalankan suatu hak tindakan yang diberikan di bawah Bahagian ini;
(h)
wang yang dibayar oleh seseorang penanggung insurans di bawah suatu kontrak insurans atau tanggung rugi yang dibuat oleh Perbadanan di bawah seksyen 170
Bahagian ini; dan
(i)
semua wang lain yang dibayar dengan sah ke dalam
Dana Pampasan Pasaran Modal menurut Akta ini atau apa-apa garis panduan lain yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
21
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(2)
Perbadanan diberikan kuasa untuk mengkreditkan semua pendapatan operasi secara langsung kepada Dana, dan mengecaj terhadap Dana, semua perbelanjaan dan kos yang ditanggung oleh Perbadanan dalam menguruskan Dana.
Caruman dan levi