Malaysia legislation

Section 169

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 169

Akta ini—

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), mahkamah boleh, atas permohonan Perbadanan, membuat perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah yang meletakhakkan sekuriti atau apa-apa harta lain pada Perbadanan atau seorang pemegang amanah yang dilantik oleh mahkamah;

dan

(b)

suatu perintah yang melantik seorang penerima berkenaan dengan harta seorang orang yang berkaitan atau harta yang dipegang oleh orang yang berkaitan itu atau penjaga yang dilantiknya untuk atau bagi pihak seorang lain sama ada sebagai amanah atau selainnya.

26

Undang-Undang Malaysia

(3)

Seseorang pemegang amanah yang dilantik melalui suatu perintah mahkamah di bawah perenggan (2)(a)—

(a)

boleh menghendaki mana-mana orang supaya menghantar serah kepadanya apa-apa sekuriti atau apa-apa harta lain atau memberikannya segala maklumat mengenai sekuriti atau kontrak derivatif sebagaimana yang boleh dikehendaki dengan munasabahnya;

(b)

boleh memperoleh dan mengambil milikan sekuriti atau apa-apa harta lain;

(c)

boleh berniaga dalam sekuriti atau apa-apa harta lain mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut; dan

(d)

hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain berkenaan dengan sekuriti atau apa-apa harta lain sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah.

(4)

Seseorang yang dilantik melalui perintah mahkamah di bawah perenggan (2)(b) sebagai penerima harta seseorang orang yang berkaitan—

(a)

boleh menghendaki orang yang berkaitan itu supaya menghantar serah kepadanya apa-apa harta yang berkenaan dengannya dia telah dilantik sebagai penerima atau memberikan kepadanya segala maklumat mengenai harta itu yang mungkin dikehendaki dengan munasabahnya;

(b)

boleh memperoleh dan mengambil milikan apa-apa harta yang berkenaan dengannya dia telah dilantik sebagai penerima;

(c)

boleh menguruskan apa-apa harta yang diperolehnya atau yang telah diambil milikan olehnya mengikut apa-apa cara yang orang yang berkaitan itu boleh menguruskan harta itu dengan sah; dan

(d)

mempunyai apa-apa kuasa lain berkenaan dengan harta itu sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah.

(5)

Hasil perniagaan dalam atau pelupusan sekuriti atau kontrak derivatif di bawah perenggan (2)(a) hendaklah dibayar ke dalam mahkamah dan Perbadanan boleh memohon kepada mahkamah untuk pembayaran daripada hasil itu bagi menyelesaikan tuntutan menurut Bahagian ini.

27

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(6)

Bagi maksud seksyen ini, Perbadanan boleh, dengan persetujuan Suruhanjaya, membuat suatu permohonan kepada mahkamah untuk dimasukkan sebagai pihak bersama dalam apa-apa tindakan yang dibawa oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 360 atau 361 Akta ini.

(7)

Bagi maksud seksyen ini—

(b)

“harta yang dipegang oleh orang yang berkaitan”

termasuk apa-apa harta yang dipegang oleh orang yang berkaitan melalui penjaga yang dilantiknya;

dan

(a)

“harta”, berhubung dengan seseorang orang yang berkaitan, termasuk wang, sekuriti, atau harta lain dan dokumen hak milik bagi sekuriti atau harta lain yang diamanahkan kepada atau diterima bagi pihak mana-mana orang lain oleh orang yang berkaitan atau orang lain dalam penjalanan atau berkaitan dengan urusan orang yang berkaitan itu.

Kuasa Perbadanan untuk membuat kontrak insurans