Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Seksyen 237 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1) dengan menggantikan perkataan “Sesuatu perbadanan tidak boleh menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti secara terbitan hak yang boleh dilepaskan yang memihak kepada orang selain anggota atau pemegang debentur sedia ada perbadanan itu” dengan perkataan “Sesuatu perbadanan atau skim unit amanah tidak boleh menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti secara terbitan hak yang boleh dilepaskan yang memihak kepada orang selain anggota atau pemegang debentur sedia ada perbadanan itu atau pemegang unit skim unit amanah itu”.