Malaysia legislation

Section 212

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 212

(2)

Seseorang yang bercadang untuk menjalankan suatu cadangan, skim, transaksi, perkiraan atau aktiviti, atau menerbitkan sekuriti atau menawarkan untuk langganan atau pembelian sekuriti, atau menerbitkan suatu tawaran untuk langganan atau pembelian sekuriti, berhubung dengan—

(a)

penyenaraian dan sebut harga sekuriti suatu perbadanan di pasaran saham;

(b)

pemindahan suatu penyenaraian dan sebut harga sekuriti suatu perbadanan daripada suatu pasaran alternatif kepada pasaran utama;

(c)

penyenaraian atau sebut harga sekuriti selain sekuriti dalam perenggan (a) termasuk unit dalam amanah perniagaan atau sekuriti Islam di pasaran saham;

(d)

suatu perolehan atau pelupusan aset yang menghasilkan suatu perubahan yang signifikan dalam haluan perniagaan atau dasar sesuatu perbadanan tersenarai, skim unit amanah tesenarai atau mana-mana entiti tersenarai yang lain, sama ada atau tidak berhubung dengan apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan atau aktiviti di bawah perenggan (a) dan (b), hendaklah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya di bawah

Penggal 1A.

31

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(3)

Seseorang yang bercadang untuk melaksanakan suatu kompromi, perkiraan atau skim dengan cara penerbitan sekuriti bagi penyatuan dua atau lebih perbadanan tersenarai hendaklah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya di bawah Penggal 1A.

(4)

Seseorang yang bercadang untuk menyediakan, menawarkan untuk langganan atau pembelian, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, di luar Malaysia, sekuriti suatu syarikat awam atau perbadanan tersenarai, atau untuk menyenaraikan sekuriti itu di suatu bursa sekuriti di luar Malaysia hendaklah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya di bawah Penggal 1A.

(5)

Seseorang yang berniat untuk menyediakan, menawarkan untuk langganan atau pembelian, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli produk pasaran modal tidak tersenarai termasuk sekuriti Islam tidak tersenarai tetapi tidak termasuk unit di dalam suatu skim unit amanah, hendaklah—

(a)

mendapatkan kebenaran Suruhanjaya atau dalam kes suatu sekuriti atau produk pasaran modal asing, pengiktirafan Suruhanjaya di bawah Penggal 3A;

dan

(b)

mendaftarkan dengan Suruhanjaya, suatu dokumen penzahiran yang mengandungi maklumat dan butir sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 92A.

(6)

Walau apa pun subseksyen (5) atau apa-apa undang-undang bertulis yang lain, seseorang hendaklah mendaftarkan suatu amanah perniagaan dengan Suruhanjaya, atau dalam kes suatu amanah perniagaan asing, mendapatkan pengiktirafan daripada Suruhanjaya, di bawah Penggal 3B, jika orang itu berniat untuk—

(a)

menubuhkan, mengendalikan, atau membantu dalam menubuhkan atau mengendalikan amanah perniagaan itu;

(b)

mengemukakan dirinya sebagai mengendalikan amanah perniagaan itu; atau

(c)

menawarkan atau menyediakan unit dalam amanah perniagaan itu.

32

Undang-Undang Malaysia

(7)

Suruhanjaya boleh menentukan—

(a)

apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan atau aktiviti; atau

(b)

pemulaan, penawaran atau penyediaan apa-apa produk pasaran modal lain, yang mesti mematuhi kehendak di bawah Bahagian ini.

(8)

Kehendak di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5) dan

(6)

hendaklah tidak terpakai kepada apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti, produk atau perkara yang dinyatakan di bawah Jadual 5 atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(9)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

PENGGAL 1A

Permohonan bagi Kelulusan

Permohonan bagi kelulusan