Malaysia legislation
Section 256U
Seksyen 256U
(a)
fi atau caj yang dibayar atau kena dibayar daripada harta atau aset amanah perniagaan itu kepada pengurus pemegang amanah adalah mengikut surat ikatan itu;
(b)
transaksi pihak yang berkaitan tidak memudaratkan kepentingan pemegang unit amanah perniagaan itu secara keseluruhannya berdasarkan hal keadaan pada masa transaksi itu; dan
(c)
lembaga pengarah pengurus pemegang amanah itu tidak menyedari apa-apa pelanggaran kewajipan pengurus pemegang amanah yang boleh menjejaskan secara material urusan amanah perniagaan itu atau kepentingan pemegang unit secara keseluruhannya.
(2)
Jika lembaga pengarah pengurus pemegang amanah sesuatu amanah perniagaan tidak boleh menyediakan pernyataan bertulis mengikut subseksyen (1), disebabkan oleh—
(a)
lembaga pengarah berpendapat bahawa pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tidak benar; atau
(b)
terdapatnya perbezaan pendapat di kalangan pengarah pengurus pemegang amanah itu berkenaan dengan ketepatan pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah menyediakan penjelasan, termasuklah faktor penting bagi ketidakbolehan untuk menyediakan pernyataan bertulis itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau
(2)
melakukan suatu kesalahan.
56
Undang-Undang Malaysia
(4)
Jika lembaga pengarah pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan membuat pernyataan bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa asas munasabah untuk membuat kesimpulan seperti yang dinyatakan dalam pernyataan itu, mana-mana pengarah pengurus pemegang amanah yang membenarkan atau memberi kuasa untuk pernyataan itu dibuat, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Penzahiran polisi dan amalan