Malaysia legislation

Section 256Z

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 256Z

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(2)

Suruhanjaya boleh menentukan kandungan surat ikatan.

(3)

Apa-apa peruntukan surat ikatan yang mempunyai kesan memperuntukkan amanah perniagaan digulungkan jika pengurus pemegang amanah terhenti menjadi pengurus pemegang amanah amanah perniagaan itu adalah terbatal.

(4)

Surat ikatan boleh dipinda mengikut cara dan bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Pengecualian dan penanggungrugian bagi pengurus pemegang amanah daripada tanggungan 256ZA. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), suatu peruntukan atau waad yang terkandung dalam surat ikatan atau suatu terma kontrak yang mempunyai kesan mengecualikan atau menanggung rugi pengurus pemegang amanah, pegawai dan ejen pengurus pemegang amanah daripada tanggungan bagi—

(a)

pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

pecah amanah; atau

(c)

kegagalan menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripada pengurus pemegang amanah, adalah terbatal.

58

Undang-Undang Malaysia

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai sekiranya peruntukan, waad atau terma–

(a)

melepaskan pengurus pemegang amanah daripada tanggungan bagi apa-apa yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberi; atau

(b)

membolehkan pemegang unit dalam suatu mesyuarat agung, untuk meluluskan pelepasan pengurus pemegang amanah daripada tanggungan bagi apa-apa yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan dan resolusi diluluskan oleh tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus pemegang unit yang hadir dan mengundi.

Mesyuarat agung tahunan 256ZB. Pengurus pemegang amanah hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung pemegang unit amanah perniagaan itu, yang dipanggil “mesyuarat agung tahunan”, dalam tempoh lapan belas bulan daripada pendaftaran amanah perniagaan itu dan selepas itu sekali dalam setiap tahun kalender dan tidak lebih daripada lima belas bulan selepas mesyuarat agung tahunan terakhir diadakan.

Kewajipan pengurus pemegang amanah untuk memanggil mesyuarat 256ZC. (1) Pengurus pemegang amanah hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang unit jika—

(a)

tidak kurang daripada lima puluh pemegang unit atau pemegang unit memegang tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada keseluruhan hak mengundi semua pemegang unit amanah perniagaan mengarahkan pengurus pemegang amanah untuk berbuat demikian;

(b)

arahan itu diberikan kepada pengurus pemegang amanah secara bertulis di pejabat berdaftarnya; dan 59

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(c)

tujuan mesyuarat itu adalah bagi menimbangkan apa-apa perkara yang dibangkitkan oleh pemegang unit berhubung dengan amanah perniagaan atau surat ikatan.

(2)

Jika pengurus pemegang amanah dikehendaki untuk memanggil mesyuarat di bawah subseksyen (1), pengurus pemegang amanah itu hendaklah mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua puluh satu hari selepas arahan itu diberikan kepada pengurus pemegang amanah secara bertulis di pejabat berdaftarnya.

(3)

Jika seorang pengurus pemegang amanah dikehendaki untuk memanggil suatu mesyuarat di bawah subseksyen (1)

atau menurut apa-apa peruntukan atau waad surat ikatan, ia hendaklah memberikan notis tentang masa dan tempat mesyuarat itu—

(a)

dengan menghantar secara pos atau komunikasi elektronik, suatu notis tentang mesyuarat yang dicadangkan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, kepada setiap pemegang unit di alamat terakhir yang diketahui pemegang unit atau, dalam kes pemegang unit bersama, kepada pemegang unit bersama yang namanya berada pada kedudukan yang pertama dalam rekod pengurus pemegang amanah di alamat terakhir yang diketahui pemegang unit bersama itu;

dan

(b)

dengan menyiarkan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, suatu iklan yang memberi notis tentang mesyuarat itu dalam satu akhbar harian bahasa kebangsaan dan dalam satu akhbar lain.

(4)

Mesyuarat yang dipanggil mengikut mana-mana peruntukan atau waad yang terkandung dalam surat ikatan itu hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan dalam notis dan iklan itu, yang merupakan suatu masa yang tidak lewat daripada dua bulan selepas pemberian notis itu dan hendaklah—

(a)

dipengerusikan oleh orang yang dilantik oleh pemegang unit yang hadir dalam mesyuarat itu atau jika tiada pelantikan itu dibuat, oleh seorang penama pengurus pemegang amanah itu; dan 60

Undang-Undang Malaysia

(b)

dibuat mengikut surat ikatan itu, atau jika surat ikatan itu tidak mempunyai peruntukan sedemikian, seperti yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat.

(5)

Notis mesyuarat yang diposkan kepada pemegang unit hendaklah dianggap sebagai diberikan tiga hari selepas notis itu diposkan, melainkan surat ikatan itu memperuntukkan selainnya.

(6)

Jika pengurus pemegang amanah gagal untuk mengadakan mesyuarat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), pemegang unit atau mana-mana daripada mereka yang mewakili lebih daripada lima puluh peratus daripada keseluruhan hak mengundi pemegang unit di bawah perenggan (1)(a), boleh dengan sendiri mengadakan mesyuarat dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam masa tiga bulan dari tarikh arahan di bawah subseksyen (1) kepada pengurus pemegang amanah.

(7)

Pengurus pemegang amanah hendaklah membayar kepada pemegang unit apa-apa perbelanjaan munasabah yang ditanggung oleh pemegang unit kerana mengadakan mesyuarat itu disebabkan kegagalan pengurus pemegang amanah untuk mengadakan mesyuarat itu.

Kuasa mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat pemegang unit 256ZD. (1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemegang unit amanah perniagaan, membuat perintah suatu mesyuarat agung diadakan.

(2)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengarahkan pengurus pemegang amanah itu untuk—

(a)

membentangkan di hadapan pemegang unit apa-apa maklumat yang melibatkan kepentingan pemegang unit;

(b)

membentangkan di hadapan pemegang unit apa-apa cadangan untuk melindungi kepentingan pemegang unit yang diarahkan oleh mahkamah atau yang difikirkan patut oleh pengurus pemegang amanah; dan

(c)

mendapatkan arahan pemegang unit yang melibatkan perlindungan kepentingan pemegang unit.

61

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(3)

Mahkamah boleh, di samping perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan patut untuk melindungi kepentingan pemegang unit sedia ada atau bakal pemegang unit.

Hak pemegang unit dalam mesyuarat 256ZE. (1) Tiap-tiap pemegang unit mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat agung pemegang unit dan untuk bercakap dan mengundi mengenai apa-apa resolusi dalam mesyuarat itu.

(2)

Apa-apa peruntukan dalam surat ikatan yang mempunyai kesan menidakkan hak untuk menuntut pembuangan undi dalam mesyuarat agung pemegang unit, selain untuk pemilihan pengerusi mesyuarat atau penangguhan mesyuarat itu adalah terbatal.

Tindakan oleh pemegang unit 256ZF. (1) Mana-mana pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah di bawah seksyen ini atas alasan—

(a)

bahawa hal-ehwal amanah perniagaan itu dijalankan oleh pengurus pemegang amanah, atau kuasa pengarah pengurus pemegang amanah digunakan, dengan cara yang menindas seorang atau lebih pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan itu termasuklah dirinya sendiri atau tanpa mengambil kira kepentingannya atau kepentingan mereka sebagai pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan itu; atau

(b)

sebahagian tindakan pengurus pemegang amanah yang dilakukan dalam kapasitinya sebagai pengurus pemegang amanah bagi suatu amanah perniagaan, bersifat mengugut atau sebahagian resolusi pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan atau apa-apa kelas daripada mereka yang telah diluluskan atau dicadangkan itu mendiskriminasi secara tidak adil atau selainnya menjejaskan seorang atau lebih pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan itu.

62

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika atas permohonan itu, mahkamah berpendapat bahawa mana-mana alasan yang disebut dalam subseksyen (1)

dibuktikan, mahkamah boleh, dengan tujuan untuk mengakhiri atau meremedi perkara diadu, membuat apa-apa perintah yang ia fikirkan patut, dan tanpa menjejaskan keluasan makna yang terdahulu, perintah itu boleh—

(a)

mengarahkan atau melarang apa-apa tindakan atau membatalkan atau mengubah apa-apa transaksi atau resolusi;

(b)

mengawal selia penjalanan hal ehwal pengurus pemegang amanah berhubungan dengan amanah perniagaan itu pada masa hadapan;

(c)

membenarkan prosiding sivil terhadap pengarah pengurus pemegang amanah itu untuk dibawa atas nama atau bagi pihak semua pemegang unit amanah perniagaan itu secara keseluruhannya oleh mana-mana orang dan atas apa-apa terma yang mahkamah boleh arahkan;

(d)

memperuntukkan pembelian unit atau debentur amanah perniagaan itu oleh pemegang unit atau pemegang debentur lain amanah perniagaan itu;

(e)

memperuntukkan amanah perniagaan itu untuk digulung; atau

(f)

memperuntukkan kos dan perbelanjaan bagi dan yang bersampingan kepada permohonan bagi perintah itu didapatkan dan dibayar daripada harta amanah atau aset amanah perniagaan itu atau ditanggung dan dibayar mengikut cara dan oleh mana-mana orang sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(3)

Jika suatu perintah di bawah seksyen ini membuat apa-apa pengubahan atau tambahan kepada surat ikatan mana-mana amanah perniagaan, kemudian walau apa pun peruntukan lain Akta ini, pengurus pemegang amanah amanah perniagaan berkenaan tidak mempunyai kuasa, tanpa kebenaran mahkamah, untuk membuat apa-apa pengubahan atau tambahan lain kepada surat ikatan itu yang tidak selaras dengan peruntukan perintah.

63

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(4)

Pemohon hendaklah memaklumkan Suruhanjaya tentang perintah mahkamah itu dalam masa tujuh hari selepas perintah itu dibuat.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, sebutan kepada pemegang unit termasuklah seorang yang bukan pemegang unit amanah perniagaan tetapi yang kepadanya unit dalam amanah perniagaan itu telah diberikan melalui operasi undang-undang.

Penggulungan 256ZG. (1) Amanah perniagaan boleh digulung—

(a)

di bawah suatu perintah mahkamah—

(i)

melalui permohonan pengurus pemegang amanah, pemegang unit atau pemiutang amanah perniagaan itu; atau

(ii)

melalui permohonan Suruhanjaya apabila

Suruhanjaya membatalkan pendaftaran suatu amanah perniagaan; atau

(b)

oleh pengurus pemegang amanah itu—

(i)

apabila resolusi khas diluluskan oleh pemegang unit dalam suatu mesyuarat agung; atau

(ii)

menurut surat ikatan itu.

(2)

Jika suatu permohonan dibuat kepada mahkamah di bawah subperenggan (1)(a)(i), mahkamah boleh, tanpa prejudis kepada apa-apa perintah yang mahkamah berhak untuk membuat selain menurut seksyen ini, membuat perintah mengarahkan pengurus pemegang amanah untuk menggulung amanah perniagaan itu jika—

(a)

mahkamah berfikir adalah adil dan saksama untuk membuat perintah itu; atau

(b)

dalam tempoh tiga bulan sebelum permohonan bagi perintah itu dibuat, pelaksanaan telah dikeluarkan berdasarkan suatu penghakiman, dekri atau perintah yang diperolehi mahkamah, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang memihak kepada pemiutang amanah perniagaan dan pelaksanaan telah dikembalikan tanpa disempurnakan,

64

Undang-Undang Malaysia dan atas perintah itu, pengurus pemegang amanah hendaklah menggulung amanah perniagaan itu.

(3)

Apabila suatu perintah penggulungan dibuat oleh mahkamah di bawah subseksyen (2), pemohon hendaklah memaklumkan kepada Suruhanjaya tentang perintah mahkamah itu dalam tempoh tujuh hari selepas perintah itu dibuat.

Batasan tanggungan pemegang unit 256ZH. (1) Pemegang unit tidaklah bertanggungan untuk menyumbang kepada amanah perniagaan itu atau berkenaan dengan apa-apa hutang, tanggungan atau obligasi yang ditanggung pengurus pemegang amanah dalam kapasitinya sebagai pengurus pemegang amanah bagi amanah perniagaan itu, selain apa-apa amaun wang yang belum dijelaskan yang pemegang unit telah bersetuju secara nyata untuk mencarum kepada amanah perniagaan itu.

(2)

Batasan tanggungan pemegang unit amanah perniagaan yang disebut di subseksyen (1) hendaklah terpakai walau apa pun—

(a)

peruntukan sebaliknya dalam surat ikatan amanah perniagaan itu; atau

(b)

penggulungan amanah perniagaan itu.

Pemiutang pemegang unit tiada hak untuk memperolehi milikan harta atau aset amanah 256ZI. Tiada pemiutang pemegang unit suatu amanah perniagaan mempunyai hak untuk memperolehi milikan atau selainnya melaksanakan apa-apa remedi undang-undang atau ekuiti berkenaan dengan harta amanah atau aset amanah perniagaan itu.

Pembatalan pendaftaran secara sukarela oleh pengurus pemegang amanah 256ZJ. (1) Pengurus pemegang amanah boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk pembatalan pendaftaran amanah perniagaan itu jika pembatalan pendaftaran amanah perniagaan

65

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

itu diluluskan oleh majoriti pemegang unit yang memegang secara agregat tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus daripada nilai unit yang dipegang oleh pemegang unit yang mengundi di mesyuarat yang berdasarkan haknya untuk berbuat demikian, mengundi sendiri atau di mana proksi dibenarkan, secara proksi dengan pembuangan undi dalam mesyuarat agung di mana notis bertulis yang tidak kurang daripada dua puluh satu hari notis dan menyatakan niat untuk mencadangkan resolusi untuk membatalkan pendaftaran amanah perniagaan telah diberikan.

(2)

Suruhanjaya boleh enggan untuk membatalkan pendaftaran amanah perniagaan itu jika Suruhanjaya mendapati bahawa—

(a)

ia dalam kepentingan pemegang unit itu bahawa apa-apa perkara yang berkaitan dengan amanah perniagaan itu hendaklah disiasat sebelum pendaftaran ditarik balik di bawah subseksyen (1); atau

(b)

penarikan balik pendaftaran tidak dalam kepentingan pemegang unit.

Kuasa Suruhanjaya untuk membatalkan pendaftaran amanah perniagaan yang tidak lagi berfungsi 256ZK. (1) Jika Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pengurus pemegang amanah tidak menguruskan atau mengendalikan urusan amanah perniagaan itu, Suruhanjaya boleh mengambil tindakan yang perlu untuk membatalkan pendaftaran atau menarik balik pengiktirafan yang diberikan kepada amanah perniagaan itu.

(2)

Suruhanjaya hendaklah memberi pengurus pemegang amanah itu suatu peluang untuk didengar sebelum apa-apa kuasa dilaksanakan di bawah subseksyen (1).

(3)

Jika Suruhanjaya melaksanakan kuasanya di bawah subseksyen (1), ia hendaklah menyiarkan notis yang memberi kesan dan amanah perniagaan itu akan dibatalkan atau ditarik balik pengiktirafannya apabila notis itu disiarkan.

(4)

Berikutan pembatalan pendaftaran atau penarikan balik pengiktirafan di bawah subseksyen (1) oleh Suruhanjaya,

Suruhanjaya boleh memohon kepada mahkamah untuk melantik seorang pelikuidasi berkenaan dengan amanah perniagaan itu.

66

Undang-Undang Malaysia

Melaporkan kepada Suruhanjaya 256ZL. (1) Pengurus pemegang amanah hendaklah melaporkan kepada Suruhanjaya apa-apa kemungkiran Akta ini atau garis panduan yang dikeluarkan Suruhanjaya yang berkaitan dengan amanah perniagaan itu dan yang telah atau berkemungkinan untuk menjejaskan secara material kepentingan pemegang unit amanah amanah perniagaan itu, secepat yang dapat dilaksanakan selepas dia menyedari kemungkiran itu.

(2)

Pengurus pemegang amanah yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan 256ZM. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 125, 354, 355 dan 356, apabila Suruhanjaya—

(a)

menggunakan kuasanya untuk menarik balik suatu pendaftaran atau pengiktirafan di bawah Penggal ini;

(b)

menyedari bahawa suatu pernyataan atau maklumat yang disediakan atau dikemukakan kepadanya di bawah Penggal ini adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;

(c)

bagi pentadbiran berkesan amanah perniagaan;

(d)

bagi memastikan pematuhan terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas amanah perniagaan itu; atau

(e)

berpuas hati bahawa kepentingan pemegang unit atau kepentingan awam dalam keadaan bahaya atau mungkin dalam keadaan bahaya,

67

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan secara bertulis kepada pengurus pemegang amanah, pegawainya atau mana-mana orang yang dikenakan obligasi untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah Penggal ini, peraturan atau di bawah mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya untuk mengambil langkah sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu untuk—

(A)

mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan—

(i)

apa-apa kehendak atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti;

(ii)

apa-apa garis panduan atau notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau

(iii)

apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah atau menurut Akta ini;

atau

(B)

mengambil apa-apa langkah untuk meremedi sesuatu kemungkiran atau mengurangkan kesan kemungkiran itu.

(2)

Mana-mana orang yang disebut di bawah seksyen ini hendaklah memberikan bantuan kepada Suruhanjaya, atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya, termasuklah pemberian apa-apa penyata, dan pemberian apa-apa maklumat lain sebagaimana yang

Suruhanjaya atau orang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya boleh menghendaki.

(3)

Seseorang yang gagal untuk mematuhi mana-mana arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) atau gagal untuk memberikan bantuan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Kuasa untuk membuat peraturan 256ZN.

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan berkenaan dengan—

(a)

kewajipan, piawaian dan kelakuan orang yang terlibat dalam amanah perniagaan; atau

(b)

semua perkara berkaitan dengan amanah perniagaan.

68

Undang-Undang Malaysia

Kewajipan pengurus pemegang amanah untuk menyerah simpan penyata, dsb.

256ZO. (1) Pengurus pemegang amanah—

(a)

hendaklah menyerah simpan kepada Suruhanjaya—

(i)

laporan tahunan amanah perniagaan dalam tempoh dua bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan amanah perniagaan itu; dan

(ii)

laporan tahunan pengurus pemegang amanah itu dalam tempoh enam bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan pengurus pemegang amanah itu; dan

(b)

hendaklah menghantar serah kepada Suruhanjaya apa-apa penyata, dokumen, buku dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(2)

Apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan atau dihantar serah kepada Suruhanjaya oleh pengurus pemegang amanah di bawah subseksyen (1)

hendaklah ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua pengarah pengurus pemegang amanah bagi pihak lembaga pengarah.

(3)

Pengurus pemegang amanah hendaklah—

(a)

menghantar kepada tiap-tiap pemegang unit tanpa bayaran, suatu salinan dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(i) dalam masa dua bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan amanah perniagaan itu; dan

(b)

jika seorang pemegang unit meminta dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(ii) dan apa-apa salinan tambahan dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(i), menghantarkan dokumen yang diminta kepada pemegang unit itu dalam masa dua bulan selepas permintaan itu diterima dan apabila dibayar suatu jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh pengurus pemegang amanah itu.

69

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(4)

Pengurus pemegang amanah hendaklah memastikan bahawa semua penyata kewangan yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan atau dihantar serah kepada Suruhanjaya atau yang dikehendaki untuk dibahagikan kepada mana-mana pemegang unit yang berhubungan dengan amanah perniagaan hendaklah mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan.

(5)

Pengurus pemegang amanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

PENGGAL 3C

Pernyataan atau maklumat palsu atau mengelirukan di bawah Penggal 3A dan 3B

Pernyataan atau maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya 256ZP. (1) Jika apa-apa pernyataan atau maklumat dikehendaki untuk diberikan kepada Suruhanjaya di bawah Penggal 3A dan 3B—

(a)

pengurus pemegang amanah atau pemohon atau mana-mana pegawai atau sekutunya;

(b)

penasihat kewangan atau seorang pakar; atau

(c)

mana-mana orang lain, tidak boleh—

(A)

mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan;

(B)

mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau

(C)

terlibat dalam atau membantu atau bersubahat dalam perlakuan yang dia tahu adalah mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan Suruhanjaya.

70

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika—

(a)

suatu pernyataan atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) telah dikemukakan atau diberikan kepada Suruhanjaya, atau suatu perlakuan yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilakukan;

dan

(b)

seseorang yang disebut dalam subseksyen itu mengetahui atau menyedari sebelum cadangan dalam permohonan telah dilaksanakan sepenuhnya, dijalankan atau dilaksanakan—

(i)

pernyataan atau maklumat itu mungkin palsu atau mengelirukan atau tidak lengkap secara material; atau

(ii)

perlakuan itu berkecenderungan untuk mengelirukan atau memperdayakan, orang itu hendaklah serta-merta memaklumkan kepada

Suruhanjaya fakta-fakta yang disebut dalam subperenggan

(b)

(i)

atau (ii), yang terpakai, dan hendaklah mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh

Suruhanjaya.

(3)

Bagi maksud perenggan 2(b), seseorang yang mengetahui atau menyedari termasuklah seseorang yang menyebabkan atau melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan suatu pernyataan atau maklumat menjadi palsu atau mengelirukan atau tidak lengkap secara material.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.”.

Pindaan seksyen 268

Section 256Z — AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012