Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671], yang disebut sebagai “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “aktiviti terkawal”
takrif yang berikut:
‘ “amanah perniagaan” ertinya suatu skim unit amanah yang operasi atau pengurusan skim itu dan harta atau aset skim itu diuruskan oleh seorang pengurus pemegang amanah;’;
(b)
dengan menggantikan takrif “produk pasaran modal”
dengan takrif yang berikut:
‘ “produk pasaran modal” ertinya—
(a)
sekuriti;
(b)
derivatif;
(c)
suatu skim persaraan swasta;
(d)
suatu skim unit amanah;
(e)
apa-apa produk atau perkiraan yang berasaskan sekuriti atau derivatif, atau mana-mana gabungannya; dan
(f)
apa-apa produk lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu produk pasaran modal;’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “perkhidmatan maklumat” takrif yang berikut:
‘ “perkhidmatan pasaran modal” ertinya apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 76A, tetapi tidak termasuk suatu aktiviti terkawal;’;
5
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(d)
dalam perenggan (b) pada takrif “urusan atau transaksi pasaran modal Islam” dengan menggantikan perkataan
“apa-apa cadangan yang termasuk dalam subseksyen 212(2)” dengan perkataan “apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti, produk atau perkara di bawah seksyen 212”;
(e)
dalam perenggan (c) pada takrif “sekuriti” dengan menggantikan perkataan “unit amanah” dengan perkataan
“unit dalam suatu skim unit amanah”; dan
(f)
dalam perenggan (c) pada takrif “skim unit amanah” dengan memasukkan perkataan “atau aset” selepas perkataan
“harta”.
Pindaan seksyen 20