Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen baru 76A baru
seksyen yang berikut:
“Pendaftaran orang yang menyediakan perkhidmatan pasaran modal 76A. (1) Suruhanjaya boleh menentukan apa-apa perkhidmatan sebagai suatu perkhidmatan pasaran modal.
6
(2)
Seseorang yang menyediakan apa-apa perkhidmatan pasaran modal hendaklah memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen ini.
(3)
Suruhanjaya boleh, apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (2), mendaftarkan orang itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya, dan Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis, meminda atau membatalkan apa-apa terma atau syarat itu atau mengenakan terma atau syarat baru.
(4)
Jika Suruhanjaya, melalui notis secara bertulis, meminda atau membatalkan apa-apa terma atau syarat atau mengenakan apa-apa terma atau syarat baru di bawah subseksyen (3), pindaan, pembatalan atau pengenaan itu hendaklah berkuat kuasa pada masa penyampaian notis itu atau pada masa yang ditentukan dalam notis itu.
(5)
Suruhanjaya boleh menarik balik pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (3) jika ia perlu bagi perlindungan pelabur atau kepentingan awam atau jika apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3)
atau (4) telah tidak dipatuhi.
(6)
Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk didengar sebelum apa-apa keputusan dibuat di bawah subseksyen (5).”.
Pindaan seksyen 105