Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota RELA” ertinya seseorang anggota sukarelawan yang telah didaftarkan sebagai anggota RELA di bawah subseksyen 7(1);

6

Undang-Undang Malaysia

“kenderaan motor” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah RELA yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“khidmat masyarakat” ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam pada amnya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi RELA;

“Pasukan Sukarelawan Malaysia” atau “RELA” ertinya pasukan sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

“pegawai RELA” ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai seorang pegawai RELA di bawah subseksyen 4(1) dan (2);

“warden lalu lintas” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Section 2 — AKTA PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012