Malaysia legislation

Section 103

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 103

(a)

menjalankan pentaksiran risiko dengan menilai risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada bahaya semasa bekerja untuk menentukan dan melaksanakan langkah yang wajar bagi pengawalan risiko;

(b)

memastikan langkah keselamatan dan kesihatan yang mencukupi berkenaan dengan apa-apa peralatan dan kemudahan yang disediakan bagi kegunaan pekerja gig;

(c)

memastikan bahawa pekerja gig tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada perkiraan dan proses yang disediakan oleh entiti kontrak semasa pekerja gig itu sedang melaksanakan perkhidmatannya;

Pekerja Gig 59

(d)

memastikan bahawa pekerja gig mempunyai maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang mencukupi sebagaimana yang diperlukan yang timbul daripada pentaksiran risiko yang dijalankan bagi pekerja gig itu untuk melaksanakan perkhidmatannya;

(e)

membangunkan dan melaksanakan tatacara bagi menangani kecemasan yang mungkin timbul semasa pekerja gig sedang melaksanakan perkhidmatannya; dan

(f)

memberitahu Ketua Pengarah apa-apa kemalangan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku semasa pekerja gig itu sedang melaksanakan perkhidmatannya.

(2)

Mana-mana entiti kontrak yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Kewajipan pekerja gig di bawah Bahagian ini